Pakej Surabaya Bromo Malang 5 Hari 4 Malam – Sharliza

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

juanda surabaya airport

Pakej Surabaya Bromo Malang 5 Hari 4 Malam – Sharliza. Hari 1, saya Abdul kader bersama bapak sali crew dari ejen surabaya travel yang berlaku sebagai supir memulakan Pakej Percutian Surabaya 5H4M dengan mengambil kak sharliza ramli & family di Surabaya airport.

Masa itu flight kode kak sharliza QZ395, tiba di Surabaya 16:25pm local time. Sebelum bergerak ke hotel gunung Bromo, selaulunya kami ambik gambar guna statement ke travel office, kemudian bergerak ke hotel gunung Bromo dalam masa perjalanan +- 3 jam.

Ketika itu dalam perjalanan ke hotel, kami stop di salah satu retaurant halal tempatan untuk dinner dan makan kak sharliza ramli & family ketika itu masuk pakej, yakni full board ; includes three meals (breakfast, lunch, dinner).

Selepas makan makan malam di AMOR resto Surabaya, bergerak menuju hotel dekat Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, +- 3 jam. Tiba di hotel, check in dan berehat untuk persiapan trip percutian Bromo, esok.

Pakej Surabaya Bromo Malang 5 hari 4 malam merupakan trip pakej yang sangat sesuai untuk pakej percutian cuti sekolah dan sesuai pula untuk percutian mesra keluarga (pakej family day), warga emas atau orang tua dan kanak kanak.

Majoriti pelancong dari Malaysia, Sabah, Singapore, Brunei Darussalam dan Pattani Thailand ketika melancong ke Surabaya amik pakej percutian Bromo Malang Surabaya 4 hari 3 malam dan 5 hari 4 malam.

Percutian Surabaya Bromo Malang 5 Hari 4 Malam

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

puncak penanjakan gunung bromo

Hari 2, kami memulakan trip percutian gunung Bromo tepat pukul 02:30am, sebab kalo kita ingin mendapatkan tempat selesa semasa melihat sunrise, kita mesti bergerak awal dari hotel, sebab gunung Bromo sentiasa ramai pelawat di sepanjang tahun.

Tapi sayang seribu sayang, masa itu tak ada sunrise, sebab kawasan taman nasional gunung Bromo tengger Semeru tertutup kabus, sebab ketika itu hujan kuat malam tadi sehinnga pagi, so,, kami kejap sahaja di puncak gunung penanjakan.

Kemudian kami bersama kak sharliza ramli & family ke tempat parkir jeep untuk meneruskan ke destinasi seterusnya, iaitu kingkong hill Gunung Bromo yang merupakan tempat alternatif melihat sunrise, tapi sayangnya di puncak kingkong hill sunrise tak tanpak pula.

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

pasir widodaren gunung bromo

Bromo sunrise di bukit kingkong tak tanpak, akhirnya kami kembali ke jeep semula, masa itu tak langsung pergi ke kawah Bromo, tapi kami bersama puan kak sharliza & family melawati tempat pelancongan dekat Kawah Bromo, iaitu Pasir Widodaren.

Pasir Widodaren merupakan tempat pelancongan sekitar Gunung Bromo berupa padang pasir yang wajib dilawati semasa kita melakukan program pakej percutian di Bromo Surabaya, sebab tempat ini sangat cantik dan menarik di kawasan taman nasional Bromo tengger semeru Surabaya.

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

padang savana gunung bromo

Selepas lawatan di kingkong hill Bromo, waktu itu tak melawati kawah Gunung Bromo, sebab kawah tertutup kabus, so kami meneruskan program lawatan Bromo ke destinasi seterusnya, iaitu Padang Savana sekali melawati bukit teletubbies yang letaknya berhampiran sahaja.

Padang savana dan Bukit teletubbis ini merupakan tempat menarik yang wajib dilawati semasa kita orang pegi ke taman nasional Gunung Bromo tengger Semeru, selain itu padang savana dan bukit teletubbies ini juga menjadi spot terbaik untuk bergambar (spot photography) dan foto prewedding.

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

pasir berbisik gunung bromo

Selepas itu kami menghantar kak sharliza ramli & family ke tempat pelancongan terkhir daripada program trip pakej percutian Bromo Surabaya iaitu Pasir Berbisik. Tempat ini selalunya dilawati selepas melawati padang savana atau kawah Bromo.

Kami yang berlaku sebagai guide, merasa sedih dan kasihan kepada kak sharliza ramli & family, sebab sepanjang trip masa itu hujan kuat, tapi kami sangat beryukur, sebab kak sharliza ramli & family sangat puas hati sepanjang trip.

Kami maklumkan kepada anda yang nak melancong ke Gunung Bromo dan tempat tempat menarik di Surabaya lainnya, masa yang sesuai nan terbaik dan sesuai, iaitu bermula dari bulan april – dec.

Lepas melawati pasir berbisik Bromo, kami bersama kak sharliza ramli & family kembali ke tempat parkir jeep Bromo, kemudian balik hotel Bromo semula dengn masa 1 jam.

Pukul 12:19pm check out, kemudian bergerak menuju hotel kawasan kota Batu (seulawah grand view hotel) dalam masa perjalanan 3 jam. 15:43pm kami sampai sudah di hotel, check in dan rehat untuk persiapan trip pelancongan hari 3, esok.

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

masjid jin malang surabaya

Hari 3, masa itu ayah mak  kak sharliza ramli minta trip relax saja, So,, ketika itu lawat 2 tempat pelancongan sahaja, iaitu Masjid Jin Biru yang famous nama masjid 1000 pintu dan satu lagi, iaitu lawatan ke Ladang petik epal (apple picking malang).

Waktu itu kami bergerak sekitar pukul 08:29am menuju ke Masji Jin Tiban, sebuah Masjid Jin Ajaib yang kunun di bina oleh bangsa Jin dalam masa 1 malam sahaja, bahkan penduduk awam sekitar pun tak faham bila masjid itu di bina. *lihat info lebih lengkap tentang Masjid Jin Malang.

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

ladang epal malang surabaya

Selepas lawatan di masjid jin ajaib kami bersama  kak sharliza & family meneruskan ke tempat pelancongan popular dan menarik dikawasan Surabaya iaitu Ladang Epal Malang Batu dalam masa perjalanan 10 minit.

Ladang Buah Epel Malang adalah salah satu tempat lawatan popular dan menarik di kawasan bandar Batu yang berisi aktiviti petik apel langsung dari pokok, dan para pelancong juga dapat menikmati buah epal hingga puas. *Lihat info berkenaan Ladang Epal Malang.

Setelah program lawatan di ladang epal, kami menghantar kak sharliza ramli & family ke restaurant tempatan untuk makan tengah hari, dan kemudian balik hotel – istirahat untuk persiapan program Pakej Percutian ke Malang esok hari.

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

taman bunga malang surabaya

Hari 4, check out hotel, kemudian kami memulakan lawatan ke salah satu tempat pelancongan menarik dan famous dikawasan Malang Surabaya, iaitu Taman Bunga Selecta yang juga popular dengan sebutan Taman 1000 Bunga.

Taman Bunga Selecta merupakan tempat percutian yang sentiasa ramai dilawati pelancong tempatan mahupun asing, sebab tempat pelancongan ini meruapakan tempat percutian di Surabaya yang masuk categori tempat lawatan menarik di kawasan Malang Surabaya. *Lihat info Taman Bunga Malang.

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

taman langit malang surabaya

Selepas melawati Taman selecta 1000 Bunga, bergerak kemudian bersama kak sharliza ramli & family ke tempat percutian menarik dan terbaru di Malang Batu,, iaitu Taman Langit Malang.

Taman Langit adalah tempat percutian yang didesain seolah-olah taman yang berada di negeri atas awan. Pelancong yang datang kat sini selalunya merasakan sensasi berada di negeri dongeng. dan akan merasakan macam melayang-layang di atas langit, sebab tempat ini terletak di atas puncak kawasan Malang Batu, Surabaya.

Selesai program lawatan ke taman langit, ketika itu kami hantar kak sharliza ramli & family ke salah satu pusat membeli belah khas Malang Surabaya, ketika itu kami hantar ke Brawijaya (tempat oleh oleh). 

Selalunya pelancong dari Malaysia, Brunai, (pakej melayu muslim halal) semasa trip pakej pelancongan di Malang Surabaya, kami hantar ke tempat oleh oleh khas Malang Batu, sebab di tempat ini sangat lengkap dan harga murah.

Selepas itu bergerak ke hotel Surabaya dalam masa 2,30 jam – check in hotel Surabaya (maxone tidar hotel surabaya) – rehat untuk program pakej percutian Bromo Malang Surabaya  hari terkhir esok.

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang - Liza

rumah makan padang surabaya

Hari 5, Pukul 09;00 check out hotel dan sebelum kami hantar ke Surabaya airport kami hantar ke Rumah Batik & Souvenir kahas Surabaya (mirota surabaya), sebab masa flight balik ke Malaysia kak sharliza ramli & family pukul 04:21.

Pukul 12:19pm selepas melawati Rumah Batik, kami hantar ke salah satu rumah makan halal dikawasan Surabaya, iaitu Warung Padang Surabaya untuk makan tengah hari. Selepas makan tengah hari kami hantar balik ke Surabaya airport dan trip pakej percutian Surabaya Bromo Malang 5 hari 4 malam, finish.

Demikian cacatan kami semasa program Pakej Percutian Surabaya 5 Hari 4 Malam (surabaya – bromo – malang) bersama kak sharliza & family.

Sekiranya Anda gemar trip adventure, hiking tour dan pelancongan alam semula jadi, pakej yang sesuai adalah pakej Bromo Tumpak Sewu, Kawah Ijen, Madakaripura waterfall dan pakej mendaki Semeru Mahameru.

Lihat pula aktiviti menarik kami bersama pelancong dari Malaysia, Singapore dan Sabah yang sudah guna perkhidmatan travel agency kami :

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang – Rahman
Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang – Sabariah
Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang – Arfah
Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang – Tarmizi

Info lebih banyak berkenaan travel bajet pakej ground Surabaya, Gunung Bromo, Kawah Ijen, Hiking Semeru, Malang Batu, Tumpak Sewu, Aktiviti, Kemudahan, Perkhidmatan supir di Surabaya dan lain lain, sila contact pihak travel ejen kami.


PILIHAN PAKEJ PRCUTIAN SURABAYA INDONESIA :

Pakej Percutian Surabaya Bromo Malang 5 Hari 4 Malam

WhatsApp us